SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA....:)
MARI KITA SAMA-SAMA MEMPELAJARI KOMPONEN-KOMPONEN RANGKAIAN
1. Kabel Rangkaian dan RJ45 (Network Cable)
DIGUNAKAN UNTUK :
- komputer ke peranti
- peranti ke peranti
- sambungan ke rangkaian internet
2. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC Ethernet Card)
- merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian
- membolehkan komputer berhubung sesama sendiri
- berbeza dari segi bentuk dan rupa untuk komputer meja dan komputer riba tetapi fungsinya sama
3.HUB
- berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN)
- mempunyai port rangkaian
- berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel-kabel dalam sesebuah rangkaian
4.Suis (Switch)
- fungsi yang sama dengan hub tetapi lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menentukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat
- perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya
5. Modem
- membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel
- merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke internet
6. Penghala (Router)
- membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain
- bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data
- mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik
- berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza
- penghala, modem dan suis telah digabungkan dalam satu komponen untuk memudahkan pengguna menggunakan satu komponen sahaja
7. Titik Pusat Tanpa Wayar (Wireless Access Point)
- menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar
- merupakan sebuah peranti komunikasi
- berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian
- berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain
- titik capaian tanpa wayar ini tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet
- perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain
No comments:
Post a Comment