Wednesday, 29 October 2014


SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA....:) 
MARI KITA SAMA-SAMA MEMPELAJARI KOMPONEN-KOMPONEN RANGKAIAN


1. Kabel Rangkaian dan RJ45 (Network Cable)





DIGUNAKAN UNTUK :


  • komputer ke peranti
  • peranti ke peranti
  • sambungan ke rangkaian internet


2. Kad Antaramuka Rangkaian (NIC Ethernet Card)


  • merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian
  • membolehkan komputer berhubung sesama sendiri
  • berbeza dari segi bentuk dan rupa untuk komputer meja dan komputer riba tetapi fungsinya sama


3.HUB



  • berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat  (LAN)
  • mempunyai port rangkaian
  • berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel-kabel dalam sesebuah rangkaian

4.Suis (Switch)

  • fungsi yang sama dengan hub tetapi lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menentukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat
  • perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya

5. Modem

  • membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau kabel
  • merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke internet



6. Penghala (Router)


  • membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain
  • bertindak sebagai suis yang menentukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data
  • mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik
  • berfungsi sebagai penghubung rangkaian yang berbeza
  • penghala, modem dan suis telah digabungkan dalam satu komponen untuk memudahkan pengguna menggunakan satu komponen sahaja

7. Titik Pusat Tanpa Wayar (Wireless Access Point)





  • menghubungkan data komunikasi wayar untuk membentuk satu rangkaian tanpa wayar
  • merupakan sebuah peranti komunikasi
  • berfungsi sebagai pusat penghantaran dan penerimaan gelombang radio tanpa wayar di dalam sesebuah rangkaian
  • berperanan seperti tiang penerima dan penghantar isyarat kepada peranti-peranti lain
  • titik capaian tanpa wayar ini tidak boleh berdiri sendiri untuk membuat sambungan ke internet
  • perlu disambungkan ke hab, suis atau penghala untuk menghantar dan menerima isyarat dari peranti lain